Event is FINISHED

B.O.M.B. - Bengkel Online Mobile Business (2-day Mini Bootcamp)

Description

Anda boleh abaikan mesej ini kalau anda seorang pemilik/pengurus perniagaan dan jualan harian anda dahpun melepasi RM 10,000 sehari.

Anda kenal kawan atau keluarga yang iklan mcm nak "'rak" tapi tak dapat atau kurang dapat jualan?


  1. orang 'LEFT' atau 'MUTE' (batalkan notifikasi) grup Facebook/Whatsapp/Telegram dan pelanggan 'UNLIKE/UNFOLLOW' laman media sosial anda - Instagram, Twitter, Wechat dsbnya dan ahli portal/mailing list unsubscribe (nyahlanggan)

  2. post-post di group dan page dan SMS/mesej broadcast anda tak dapat 'REPLIES', dan iklan-iklan berbayar menelan kos RM ratus/ribu di akhbar, majalah, radio TV, Google/Facebook/Twitter dsbnya. tapi masih tak cukup jualan atau tak balik modal?

  3. nak belajar ONLINE tak faham sangat bahasa Inggeris la pulak atau nak kena bayar mahal untuk sokongan langsung 1-to-1.

Assalaam ww & Salam 1Malaysia:

Atas permintaan ramai usahawan yang Whatsapp, Telegram, Facebook Messenger dan telefon atau jumpa terus kami di booth-booth PENBEX Tasek Gelugor, Tanjuung Art Fest Seberang Perai, serta jumpa di sana-sini, pakar-pakar pemasaran ICT sebenar sedia berkongsi rahsia-rahsia:-
  • Bagaimana menguruskan pasukan (team) syarikat atau kumpulan secara efektif menggunakan telefon bimbit (pintar) sahaja dan aplikasi-aplikasi 'cloud' percuma! - Jimat masa, kurang kegilaan...

  • Bagaimana tampak profesional kepada prospek dan pelanggan anda agar mereka membeli dan terus membeli bertahun-tahun lamanya. Jangan jual hanya sekali untuk produk RM10-100 tapi berkali-kali, berdekad-dekad, sampai jumlahnya adalah RM10,000 hingga RM100,000 atau lebih setiap pelanggan!

  • Bagaimana menjimatkan masa melayan ratusan atau ribuan pelanggan dengan hanya bekerja 5-10 jam seminggu, dan bukannya 50 jam setiap minggu di pejabat atau kedai menguruskan dokumen dan perhubungan dengan pelanggan.
Kalau anda rasa andalah orangnya untuk menimba ilmu-ilmu dan kemahiran yang tak diajar sebegini di mana-mana sekolahpun dalam dunia, silalah daftar segera, sementara tempat masih ada.

Untuk sesi prebiu ini, hanya dihadkan kepada 10 orang sahaja !!


OBJEKTIF:

BOM akan betul-betul mengejutkan peserta, dengan pengalaman tidak didapati dalam bengkel-bengkel lain — Belajar menerbitkan laman web professional yang mesra ‘mobile’ (PENTING!) sepantas dua (2) minit, dan sedia untuk membuat pemasaran dan jualan kepada ramai bermula hari yang sama - ya lebih pantas daripada nak 'masak' Maggi !

Bengkel hands on menggunakan peranti mudah alih (mobile) ini adalah untuk memulakan dan mengurus perniagaan/kempen secara atas talian (online):-

  1. Penjenamaan (brand) - ditaja oleh Senang.Online
  2. Pemasaran (market)
  3. Pembinaan (build)
  4. Penjualan (sell)

Diajar sendiri oleh pakar industri dengan pengalaman perniagaan di internet melebihi 20 tahun.

Ekstra (prebiu): seminar/demo keselamatan internet, sokongan pelanggan, dan pelestarian laman — secure, support, sustain

DI AKHIR KURSUS PESERTA AKAN:

· mempunyai jenama digital yang professional. Langsung, sama hari dengan BOMB.

· belajar memaksimakan media sosial untuk pemasaran dan perdagangan

· memahami platform yang mana digunakan untuk pengurusan, pemasaran, dan jualan.

· dapat mengetahui bagaimana membina laman web yang MOBILE dan E-DAGANG dalam masa beberapa minit sahaja.


SIAPA PERLU HADIR?

· Perniagaan yang berminat untuk mengetahui bagaimana IT boleh membantu perniagaan mereka.

· Individu remaja/pelajar, dewasa, lelaki, wanita dan pesara yang berminat untuk mengetahui bagaimana IT boleh membantu mereka memulakan / mengembangkan perniagaan mereka.


Harga biasa untuk kursus sebegini adalah RM3,990 setiap peserta.

Itu yuran peserta korporat bayar kepada tenaga pengajar kami di Malaysia - lebih tinggi kalau di luar negara.

Tapi untuk memastikan usahawan mikro dan kecil juga dapat menimba ilmu yang sama, kami pakejkan versi 'starter' atau untuk 'startup' (perniagaan permulaan) bukan RM2,000, dan bukan juga RM1,000... tapi:

Cuma RM399 sahaja.

Ada peniaga dan usahawan belanja cetak 'banner' dan 'namecard' pun dah lebih RM500. Atau macam kami, bayar bil telefon dan Internet setiap bulan pun memang dah lebih RM500.

Tapi sayang kalau kain rentang iklan, atau kad-kad nama anda atau iklan-iklan lain melalui TV, radio atau Internet dan 'flyer' bercetak beribu-ribu keping gagal mendatangkan jualan berbulan-bulan atau sesetengah tu bertahun-tahun dah cuba. - makin kurang jualan setiap kali belanja pemasaran!

Untuk pendaftaran awal lima (5) orang pertama, anda hanya perlu bayar RM299 sahaja !!


Event Timeline
Oct 1 - Oct 2, 2016
[ Sat ] - [ Sun ]
8:30 AM - 5:30 PM MYT
Add to Calendar
Venue
Bayan Lepas
Tickets
Early bird 299.00 MYR
Pay on site 399.00 MYR

On sale until Sep 30, 2016, 6:50:00 PM

Venue Address
Bayan Lepas Malaysia
Organizer
Senang Online
39 Followers